bila ada something yang kita tak suka, kita harapkan perubahan, dengan harapan perubahan itu boleh membawa kesan positif, boleh buat kita seronok.....walaupun semua tu tak pasti, kita still mengharapkan perubahan...
hehe, mengarut punye intro lah kan, bukannya ape, ada something yang buat aku tergelak dengan budak-budak dalam kelas tadi......
pernah tak korang ada cikgu yang korang sangat-sangat la tak paham ape yang die ajar, sampaikan korang nak give up? korang harap ada cikgu lain yang boleh ajar korang..... itu lah budak-budak kelas yang aku masuk tadi seronok sangat, diorang ingat aku yang akan ajar diorang kimia, ganti cikgu asal diorang....semua semangat bagi salam, baca doa semua tu....bila aku cakap yang aku just ganti sebab cikgu diorang MC, semua lembik balik......haha cute sangat okeh!
sekarang maybe diorang tak suka cikgu tu, sampai cakap tak masuk kelas langsung pon takpe, bila dah habis belajar nanti cikgu tu jugak la yang die akan ingat sampai bila-bila......realitinya
p/s: lambatnya weekend.....
*******************************
No comments:
Post a Comment