Friday, July 20, 2012

Puasa Jom!


Yeay! esok dah start puasa, setelah sekian lama, esok adalah hari sabtu yang tak payah pergi sekolah, suka sangat! Tapi tahun ni first time berpuasa kat Johor, sorang, tak ada ma abah......ada tapi jauh nun disana, tak merasa sahur kat rumah pon, berbuka pon hari last puasa aje, sehari sebelum raya baru sampai rumah.....sedih, tapi yang seronok aku dah stuffed nice food semalam dengan jayanya di Seoul Garden, since lately aku makan macam tak makan, berpuluh-puluh orang tegur yang aku kurus sangat, siap student cakap aku pendek lagi, OK! I pendek, pegi medical checkup pon 153cm aje, penipu besar la kan? then bila member ajak terus on, tak sedar kocek dah hampir kering, hidup 2 bulan tanpa gaji, tuhan saja yang tahu, saat-saat yang genting macam ni la future savings sangat membantu, nasib baik ada la kan....Macam tak elok pon ada makan banyak-banyak sebab nak puasa dah, macam la bulan puasa 24 jam tak makan kan, nafsu.....nafsu.....moga-moga bulan puasa ni aku dapat la kawal nafsu makan yang sangat-sangat membazir, menambahkan amal ibadat, kurangkan bercakap benda-benda yang tak ada faedah dan diberikan badan yang sihat sepanjang bulan puasa ni.....

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya."



Selamat Berpuasa!


p/s: ada orang tu sakan dengan kereta baru....cisss




Wednesday, July 18, 2012

Sweet Dreams


I just had about 4 days dreams that filled with sweet moments, bad ones stay away please......treated like a queen, siapa yang tak nak kan.....wake up every morning with hugs, yes, heaven! this is it, but reality keeps coming back to me, I am no longer a student to play around, I am a gov worker, to be exact a teacher....behave like one, but I ended up acted having gastritis which I really did, there goes my RM35 for MC and drugs, still I am feeling restless for the rest of the day sebab teringat kat sekolah. Our team this year is doing incredibly great, and I am proud to have them in my life as sisters. Guys also, always a gentleman. They really made up my weekend. Rasa macam nak jadi student balik, pleaseeeee.....or jadi suri rumah aje =)



Finally, after years of struggling, third is more than enough
congratulation girls



Leaving is one of the hardest to do, not without tears, thanks for the presents, dapat lagi hadiah yang sama from 4 years ago, dari orang yang sama, kelakar aje....at least kurang sebatang hari tu kan =)






p/s: motivation needed


Tuesday, July 10, 2012

Penat

Aku penat berceloteh sorang-sorang, dengan hanya seorang dua saja yang berminat dengan ape yang keluar dari mulut aku, yang lain buat tak tahu aku ada kat depan, aku nak marah semua dah besar, gap umur dengan aku tak jauh, macam tak sesuai nak marah, aku ni bukan jenis yang suka marah, ape-ape pun aku senyum je, sekolah femes tapi facilities tak femes, semua kurang, bila aku chalk and talk je memang macam ni la jadinye, dewan 2 juta boleh buat, nak letak lcd projector every class tak leh buat....haih, kalau matrik belajar chalk and talk jugak dulu, aku tido je........kekurangan mengajar budak2 besar, aku terima, aku redha, tapi hati aku tersentuh jugak......bye!

Monday, July 9, 2012

Yang lama ditinggalkan


urat saraf aku terkejut dek kesungguhan aku semalam melepaskan gian yang telah setahun aku tinggal, berpanas, berkubang dalam lopak air, itu sepatutnya untuk budak-budak, tak sesuai lagi untuk yang berumur macam aku, mungkin sudah tiba masanya aku berhenti, kalau light sahaja boleh kot, dan disebabkan semalam jugak aku tinggalkan student kesayangan pagi ni, 4 period a.k.a 2 jam 20 minit tanpa duduk, pengsan kalau aku mengajar jugak....lembik sepanjang hari, macam puasa, jalan terhenjut-henjut, kalah nenek kat kampung, buat malu aje....bye softball!







Saturday, July 7, 2012

Zahiril Adzim : Bogel Menuju Tuhan


Hari ni ke sekolah lagi, dah berderet aku sekolah hari sabtu, tapi takpe, tanggungjawab, mengeluh je ape aku dapat kan....macam biasa lepas program aku dan kawan-kawan berpoya-poya, survey barang hantaran kawin which is obviously not me....Melepak sekejap di MPH, that's when I came across this book,

*credit Zahiril Adzim

Bogel Menuju Tuhan by Zahiril Adzim

Ape yang aku tertarik sebab title die...kikiki, bukan title aje, isi dalam pun menarik, banyak meaning tersirat yang aku tak faham sangat, but still fun to read, siap boleh buat aku meremang satu badan pun ada. First time aku berminat nak baca puisi, since bukan puisi melayu klasik yang susah nak faham tu.

This is one of my fav,


Itu Ada Jawabnya


Setiap kemarahan yang terpacul,
setiap herdik yang timbul,
setiap garangnya kata,
setiap bengisnya suara,
percayalah itu kasih jawapannya.

Biar aku marah yang menunjukkan kau salah, yang kau rasa hiba.
Yang bikin kau tunduk dengan kelalaian kau.
Yang bikin kau hampa kerana tidak menepati permintaan perhubungan.

Tapi percayalah, hakikatnya bukan kau yang tidak sempurna, tetapi aku.
Aku yang kekurangan sini dan sana, kerana itu lagak ku begini.
Kau cukup sifatnya dari mata aku,
dari hati dan jiwa,

Kerana kau ku angkat setinggi - tingginya, sempurna setiap adanya.

Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau,
kerana hebatnya kasih kau,
Aku tenggelam dengan perkataan ku sendiri.
Tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan hebatnya kasih.
Walau perkataan mula.

dan saat ini kau tiada, aku lemah menagih kewujudanmu.

Pulang cepat, please.
Aku rindu.



by the time kawan aku habis bacakan untuk aku, kitorang menjerit siap sebab sangat-sangat sweet, meremang satu badan masa kawan aku bacakan, ternyata Zahiril Adzim ni romantik orangnya....hehehehe


satu lagi yang menarik, 'B, Monyet Dah Senyum Balik', at first tergelak jugak baca sebab tak faham, overall memang not bad, tak rugi lah kalau beli buku ni bagi aku....tapi agak-agak la aku pun, yang aku baca semua yang ditujukan khas untuk Syeera Ayob, mana la tak romantiknye kan? hehehe




p/s: if u are reading this, i dedicate 'Itu Ada Jawabnya' to you....=)

Friday, July 6, 2012

Cuter with words

 

my parents does not really express themself with words, action plays a big role, especially my dad, but sometimes me as a daughter misjudge them or worst, i didnt think that the actions means something, zero! something good happened lately with my mom….my mom adalah seorang yang buta IT, tak pernah sentuh komputer, komputer kat rumah yang dah bertahun-tahun memang tak pernah tengok my mom sentuh, handphone just tahu call, angkat call and baca sms. One day, I received smses from my mom’s

mom : NADIAH..DOK WAK GAPO? (exactly uppercase)

me : xde bt ape, bakpo?

mom : RINDU

at first I thought its my brother using my mom’s phone, when ‘RINDU’ came out, I know its someone else, terus call, rupa-rupanya my sister yang ajar my mom macam mana nak taip sms, sebelum ni punye la nak ajar, tapi die tak nak, maybe my mom boring sorang-sorang kat rumah sebab tahun ni adik bongsu aku sambung belajar kat matrikulasi, so dah tak ada peneman kat rumah….now, my mom boleh sms bila-bila masa and tak malu-malu dah nak cakap rindu, kalau tak jangan harap my mom nak mengaku die rindu kalau on the phone….hikhik

Bila masing-masing dah besar, ada kerja sendiri, sambung belajar, parents aje la yang kat rumah, susah senang, sakit or rindu mereka pendamkan je, takut anak-anak risau….So, sebelum aku ada tanggungjawab yang lagi besar, aku nak berbakti kepada parents aku sebanyak mana yang aku mampu, in every way, we’ll never know until when they’re going to be with us, berbaktilah sementara mereka masih ada……kan kan kan?

tapi sekarang ni aku tengah menyusahkan parents aku sebab 2 moths working without salary, mana nak cekup duit, husband tak ada nak pau, kawan-kawan pun sama kes dengan aku…….THANKS MA and ABAH for supporting me in every way you can, I LOVE U in a way that anyone else can’t.

 

 

 

p/s: ikhlaskan hati pleaseeee…..

Wednesday, July 4, 2012

Being a teacher....


Those who isn't in this profession would think being a teacher is easy.....Pergi sekolah, mengajar, balik rumah tido, konon-kononnya rutin....straight away teaching chemistry for Form 6 students is not what i dreamed of. One thing that came out from me is 'GILO', ape aku nak ajar budak-budak ni, salah aku kalau diorang tak masuk universiti nanti....Yes, chemistry form 6 is hard, even for me, dah habis 4 tahun belajar chemistry kat USM pon tak leh approve lagi nak mengajar chemistry Form 6, macam sama-sama belajar dengan diorang pn ada. Hari ni aku dah nervous nak mengajar untuk kelas esok, ape ke hal hidup macam ni? tak best langsung....One thing about teaching Form 6, out of 40 students, I only have 3 malay students, the rest is chinese and indian. Aku pulak yang culture shock, for now aku ada 4 orang je malay students sebab mengajar Form 6 semata-mata. Tak best, I'm not being racist, but chinese and indian students sombong dengan aku, ape nak buat, tak kan nak paksa diorang friendly dengan aku. So, my life has been stressful since day 1, tapi ini rezeki yang Allah bagi, aku bersabar aje lah, and i'm lucky to have good friends around me.



Terdetik rasa menyesal resign keje lama sebab nak jadi cikgu, mesti korang cakap aku gile kan, hahaha....xpe, aku target nak jadi  suri rumah sepenuh masa in 5 years time....kikikiki





p/s: stress ape, hari ni no class =p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails