Hari ni ke sekolah lagi, dah berderet aku sekolah hari sabtu, tapi takpe, tanggungjawab, mengeluh je ape aku dapat kan....macam biasa lepas program aku dan kawan-kawan berpoya-poya, survey barang hantaran kawin which is obviously not me....Melepak sekejap di MPH, that's when I came across this book,
*credit Zahiril Adzim |
Bogel Menuju Tuhan by Zahiril Adzim
This is one of my fav,
Itu Ada Jawabnya
Setiap kemarahan yang terpacul,
setiap herdik yang timbul,
setiap garangnya kata,
setiap bengisnya suara,
percayalah itu kasih jawapannya.
Biar aku marah yang menunjukkan kau salah, yang kau rasa hiba.
Yang bikin kau tunduk dengan kelalaian kau.
Yang bikin kau hampa kerana tidak menepati permintaan perhubungan.
Tapi percayalah, hakikatnya bukan kau yang tidak sempurna, tetapi aku.
Aku yang kekurangan sini dan sana, kerana itu lagak ku begini.
Kau cukup sifatnya dari mata aku,
dari hati dan jiwa,
Kerana kau ku angkat setinggi - tingginya, sempurna setiap adanya.
Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau,
kerana hebatnya kasih kau,
Aku tenggelam dengan perkataan ku sendiri.
Tidak ada satu perkataan pun yang mampu menggambarkan hebatnya kasih.
Walau perkataan mula.
dan saat ini kau tiada, aku lemah menagih kewujudanmu.
Pulang cepat, please.
Aku rindu.
by the time kawan aku habis bacakan untuk aku, kitorang menjerit siap sebab sangat-sangat sweet, meremang satu badan masa kawan aku bacakan, ternyata Zahiril Adzim ni romantik orangnya....hehehehe
satu lagi yang menarik, 'B, Monyet Dah Senyum Balik', at first tergelak jugak baca sebab tak faham, overall memang not bad, tak rugi lah kalau beli buku ni bagi aku....tapi agak-agak la aku pun, yang aku baca semua yang ditujukan khas untuk Syeera Ayob, mana la tak romantiknye kan? hehehe
p/s: if u are reading this, i dedicate 'Itu Ada Jawabnya' to you....=)
No comments:
Post a Comment